Aktiviti

Aminuddin sumbang RM100 ribu kepada Madrasah As-Saidiyyah

Membantu madrasah menggantikan bumbung surau

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Madrasah As-Saidiyyah Pondok Rasah.

“Sumbangan ini adalah bagi membantu Madrasah As-Saidiyyah menggantikan bumbung surau yang mengalami kerosakan sejak sekian lama.

“Semoga dengan sumbangan ini, pihak Madrasah dapat menyemarakkan lagi aktiviti untuk manfaat ikhwan yang dikasihi dan mengimarahkan surau tersebut, Insyah Allah,” kata Aminuddin.

Terlebih dahulu Al-Fadhil Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri menyampaikan kuliah dengan mengupas kitab Bahjah Al-Nufus, karya Ibnu ‘Ataillah Al-Sakandari.

Foto: Nabil Syafiq

 

Show More

Related Articles

Back to top button