Berita

Aminuddin sumbang RM1,500 kepada mangsa banjir Sikamat

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan bantuan tunai RM1,000 daripada Kerajaan Negeri kepada 22 mangsa banjir di DUN Sikamat.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, beliau turut menambah bantuan RM500 daripada peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat.

“Ini meningkatkan jumlah bantuan yang diterima setiap ketua keluarga terjejas banjir di DUN Sikamat kepada RM1,500.

“Setakat ini Kerajaan Negeri telah mengenalpasti seramai 2,024 ketua keluarga yang terlibat dengan banjir yang melanda.

“Semua ketua keluarga akan menerima bantuan kewangan mulai hari ini melalui ADUN atau Penyelaras DUN,” kata Aminuddin selepas menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Sikamat pada Jumaat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button