Berita

Aminuddin sumbang RM20 ribu kepada Pusat Islam Politeknik Port Dickson

SEREMBAN: Pusat Islam Politeknik Port Dickson (PoliPD) menerima sumbangan kewangan RM20,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Sumbangan ini adalah tanda penghargaan Kerajaan Negeri Sembilan kepada PoliPD yang bersetuju menjadikan kampus mereka sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) bermula 14 November 2020 sehingga 8 September lalu.

“Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kerjasama baik oleh PoliPD sepanjang pengoperasian PKRC tersebut,” kata Aminuddin.

Sementara itu Aminuddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan RM10,000 kepada Persatuan Bekas Anggota Skuad 69 Polis DiRaja Malaysia.

“Sumbangan ini bagi persatuan menjalankan aktiviti untuk ahli mereka di seluruh Negeri Sembilan.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh persatuan,” ujar Aminuddin.

Majlis penyampaian sumbangan kewangan ini diadakan secara ringkas di Kediaman Rasmi Menteri Besar.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button