Aktiviti

Aminuddin sumbang RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Sikamat

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Sikamat.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bertujuan untuk membantu pihak sekolah bagi menaiktaraf kemudahan sekolah serta menjalankan aktiviti pendidikan kepada para pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah.

“Sekaligus dapat melahirkan pelajar yang cemerlang serta berjaya di dunia mahupun di akhirat,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sikamat, Encik Mohd Rashed Shahroni di Balai Raya Taman Desa Rhu.

Show More

Related Articles

Back to top button