Berita

Ibu tunggal tujuh anak menerima sumbangan kewangan dari Aminuddin

KOTA: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan isteri beliau, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof
menyantuni seorang ibu tunggal, Puan Norhasikin Mohd Sarif.

Puan Norashikin yang menyara tujuh orang anak, tinggal berhampiran dengan Masjid Kota.

“Saya difahamkan dua orang anaknya merupakan pelajar di sekolah tahfiz.

“Kemudiannya saya telah menziarahi Encik Azuli Abdul Kadir yang menetap di Pekan Kota.

“Sebelum pandemik Covid-19, beliau merupakan seorang pemandu pelancong.

“Namun apabila PKP dilaksanakan, beliau kehilangan pekerjaan dan terpaksa keluar dari rumah sewa,” jelas Aminuddin.

Aminuddin menyerahkan sumbangan kewangan kepada Norashikin dan Azuli. Mereka turut menerima bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Mereka juga berada di bawah pemantauan Pejabat Penyelaras DUN Kota dan sentiasa dibantu sekiranya ada keperluan.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini memeriahkan sambutan Ramadhan dan Syawal kedua-dua keluarga ini,” ujar Aminuddin.

Turut hadir, ADUN Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani dan Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button