Aktiviti

AMK Negeri Sembilan aktif membantu golongan memerlukan

RANTAU: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan, giat mencari individu atau keluarga yang kurang berkemampuan untuk dibantu.

Naib Ketua AMK Negeri Sembilan, Saudara S.Sugumaran berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum dan ideologi.

“Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada seorang ibu kepada tiga orang anak yang masih belajar.

“Puan Letchumy dari Taman Kelab Tuanku, Mambau, meminta bantuan dan saya telah menziarahi beliau.

“Menurut beliau, suaminya telah kehilangan kerja pada bulan lepas yang menyebabkan beban keluarga telah bertambah.

“Sebagai persediaan, saya telah membawa barangan dapur untuk diserahkan kepada beliau.

“Puan Letchumy juga memohon bantuan kewangan untuk membayar yuran tadika anaknya yang perlu dijelaskan sebelum minggu depan dan saya berjanji akan menjelaskan yuran tersebut,” kata Sugumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button