Aktiviti

AMK Negeri sembilan santuni 15 keluarga kurang kemampuan di Kuala Sawah

RANTAU: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan meneruskan usaha menyantuni rakyat khususnya dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

Naib Ketuanya, S.Sugumaran berkata, menerusi program Food Bank, pihaknya telah mengagihkan barang keperluan dapur kepada beberapa pihak termasuk MPKK di dalam DUN Rantau sekitar bulan Mac dan April lepas.

“Justeru, baru-baru ini saya telah menyerahkan 15 set barang keperluan dapur kepada Pengerusi MPKK Kampung Kuala Sawah, Encik Dzulfakar Ismail untuk diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di kampung tersebut.

“Usaha ini mampu meringankan beban keluarga tersebut menjelang sambutan Aidil Fitri tidak lama lagi,” ujar Sugumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button