Berita

Anak muda disaran aktif sukan berbanding gajet

BAGAN PINANG: Pembangunan sukan di peringkat usia muda haruslah diterajui dengan baik oleh pemimpin setempat.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, ianya perlu bagi mencungkil bakat atlet pada usia yang muda atau kanak-kanak .

“Anak-anak perlu dipupuk minat mereka agar berkecimpung dalam aktiviti sukan dan riadah berbanding gajet.

“Ini akan membentuk generasi akan datang yang sihat dan tidak terlibat dengan gejala sosial,” kata Nasir.

Nasir berkata demikian selepas melawat gelanggang futsal di Kampung Baru Si Rusa.

Menurut Nasir, gelanggang futsal ini berada di dalam keadaan yang sangat uzur dan tidak selamat untuk digunakan.

“Pengerusi MPKK, Encik Mohd Ghazaly Zakaria telah mengambil inisiatif dengan memulakan proses membaik pulih agar gelanggang ini selamat digunakan oleh anak muda yang beriadah di sini.

“Insyah Allah saya juga akan membantu dari segi kewangan bagi membaik pulih gelanggang ini.

“Saya turut menyumbang dua biji bola futsal kepada anak muda dari kampung ini agar aktif bersukan.

“Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa MPKK, Puan Norizan Baharudin yang telah menyumbang jaring dan tiang gol futsal,” ujar Nasir lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button