Aktiviti

Anak Palong pengusaha Pizza dapat sokongan Penyelaras DUN Palong

PALONG: Usaha seorang anak peneroka Felda Palong 6, yang mengusahakan perniagaan makanan Pizza, mendapat sokongan dari Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

“Saya merasa kagum dengan kegigihan Puan Noramida Baharon yang mengusahakan makanan Pizza dan kemudiannya di pasarkan secara ‘online’ untuk pasaran tempatan.

“Beliau merupakan anak generasi ke-2 Felda Palong 6, yang telah pun mengusahakan pembuatan Pizza selama setahun yang lalu dan kini ternyata lebih bersemangat lagi setelah mendapat bantuan kewangan dari saya untuk membeli sebuah ketuhar memasak (baking oven).

“Semoga perniagaan beliau terus maju dan berjaya,” kata Rebin.

Kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan Pizza, boleh menghubungi Noramida di talian: 019 6251248.

Show More

Related Articles

Back to top button