Aktiviti

Anak yatim, ibu tunggal dan warga emas terima ‘baju Deepavali’

JERAM PADANG: Sempena Sambutan Deepavali pada 14 Novermber ini, Persatuan Pembangunan dan Pendidikan Masyarakat Bahau dengan kerjasama Pertubuhan Chitramuthu Ganapathi Asramam telah menganjurkan majlis sumbangan baju Deepavali di Kampung Taman Jaya, Bahau.

Majlis dihadiri Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham dan Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Dalam majlis yang dianjurkan sederhana dan mematuhi SOP yang ditetapkan ini, sumbangan pakaian untuk Deepavali telah diserahkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang kurang berkemampuan yang tinggal di sekitar Kampung Taman Jaya.

“Tahniah kepada penganjur yang telah menjayakan program yang ringkas, namun penuh bermakna khususnya buat para penerima sumbangan,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button