Berita

Anggota Balai Polis Kota dikuarantin terima bantuan makanan dari Allif

KOTA: Penyelaras DUN Kota, Muhammad Allif Ibrahim telah mengagihkan bantuan makanan kepada 11 anggota dari Balai Polis Kota yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Seramai 11 anggota polis telah dikuarantin di kediaman masing-masing.

“Semoga dengan bantuan ini ianya dapat membantu ‘frontliners’ kita dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Sesungguhnya mereka insan yang cekal dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Saya mendoakan agar anggota polis ini kembali sihat seperti sediakala agar terus berkhidmat untuk negara dan masyarakat di Kota,” kata Muhammad Allif.

Show More

Related Articles

Back to top button