Berita

Angkatan Muda KeADILan bantu mangsa banjir Ulu Klawang

KLAWANG: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan telah menjalankan operasi pembersihan rumah mangsa banjir di Ulu Klawang.

Ketua AMK Negeri Sembilan, Saudara Mohd Hafiz Mohamad berkata, hampir 100 orang sukarelawan terlibat dalam misi pada hari Sabtu dan mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan di sekitar Ulu Klawang.

“Sukarelawan AMK telah menjalankan operasi pembersihan bermula 18 Disember sehingga ke hari ini.

“Selain itu, pelbagai bantuan dan bekalan telah dihantar di kawasan Lubok China, Sikamat, Kampung Puom, Kampung Tembun, Kampung Kemin serta Kampung Bemban,” kata Mohd Hafiz.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button