Berita

Anwar agih 1,000 ekor ayam kepada warga Port Dickson yang terkesan akibat Covid-19

PORT DICKSON: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson menyerahkan sumbangan ayam segar kepada 1,000 penduduk di Parlimen Port Dickson yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Port Dickson, Encik Ahmad Farhan Fauzi berkata, sumbangan ayam segar daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, diagihkan melalui tiga ADUN dan dua Penyelaras DUN di dalam Parlimen Port Dickson.

“Setiap DUN menerima 300 pek ayam segar untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19, di DUN masing-masing.

“Terima kasih kepada ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching; ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ Ravi Munusamy; ADUN Lukut, YB Choo Ken Hwa; Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah Tuan Rusli Abdullah, di atas kerjasama yang diberikan demi manfaat warga Port Dickson,” kata Ahmad Farhan.

Ahmad Farhan turut merakamkan penghargaan kepada ‘Sukarelawan PD’ yang turut serta membantu mengagihkan ayam segar kepada masyarakat setempat yang memerlukan.

Turut menerima sumbangan ayam segar ini pemandu teksi di Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button