Berita

Anwar agih bantuan makanan kepada 10 keluarga Ladang Sengkang yang dikuarantin

LINGGI: Sebanyak 10 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Ladang Sengkang, Linggi menerima bantuan bakul makanan dari Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Ini adalah kali kedua kita mengagihkan bantuan makanan kepada 10 keluarga ini yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga ini,” kata Anwar.

Sumbangan makanan ini diserahkan kepada keluarga terlibat menerusi Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abd Samat.

Show More

Related Articles

Back to top button