Berita

Anwar agih bantuan makanan kepada seribu keluarga terkesan dengan Covid-19

PORT DICKSON: Sebanyak 1,000 bakul makanan telah diagihkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara berperingkat kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dalam minggu ini sahaja, sebanyak 1,000 keluarga yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 menerima bantuan bakul makanan.

“SOP yang ketat dipatuhi sepanjang proses pengagihan bantuan ini, bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sumbangan bakul makanan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu para penerima dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Anwar.

Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Mejar Hasrin Abd Samat mewakili Anwar menyerahkan bantuan makanan ini.

Show More

Related Articles

Back to top button