Berita

Anwar ajak pihak berkepentingan kongsi kepakaran, bawa negara keluar dari pandemik Covid-19

PORT DICKSON: Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama dan berkongsi, serta memanfaatkan data dan kepakaran yang ada untuk membawa negara dan rakyat keluar dari pandemik Covid-19 secara tuntas.

Anwar berkata, ini adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang wabak Covid-19 melalui program temubual, perkongsian maklumat dan data.

“Melibatkan para pemegang taruh, pihak berkuasa dan juga pakar dari Malaysia dan dari mana-mana negara untuk mencari formula terbaik untuk membendung pandemik Covid-19.

“Membangunkan suatu sistem di mana ia mampu mengumpul, menapis, menganalisa serta berkongsi data dengan pihak-pihak yang komited dan berkepentingan untuk penyelidikan, analisa serta membantu dalam merangka keputusan.

“Saya merasakan tahap kesabaran rakyat Malaysia sudah di tahap maksimum dan mereka kecewa melihat kepada polisi pemerintah berkaitan pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.

Kerja kerajaan bukan berharap, tetapi harus memberi harapan kepada rakyat. Apa yang kita lihat hari ini sangat bercelaru,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian selepas melancarkan Program Strategi Pasca Covid-19 (PSPC19) melalui Facebook Live kelmarin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, untuk melihat ke depan, negara perlukan lebih banyak kerjasama dan juga sikap keterbukaan.

“PSPC19 akan menyumbang ke arah ini, dengan jaminan kepada beberapa prinsip yakni inklusif, kolaboratif, serta pendekatan yang mampu menyelesaikan permasalahan.

“Apa yang penting, kami akan menggunakan data dan sains data dalam mengesyorkan jalan dalam menambahbaik strategi vaksinasi, mendukung warga yang terkesan teruk dengan langkah PKP, dan juga meningkatkan Intervensi Bukan Farmasi (NPI) dengan matlamat melindungi rakyat serta membuka kembali sektor ekonomi dengan selamat,” jelas Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button