Berita

Anwar dan Rusli santuni 150 pelajar Kolej Uniti

LINGGI: Seramai 150 pelajar Kolej Uniti Port Dickson menerima bantuan bakul makanan dari Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Rusli berkata beliau dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson telah mengagihkan bantuan bakul makanan kepada 150 pelajar Kolej Uniti yang masih berada di kampus kolej tersebut.

“Pelajar ini merupakan mereka yang masih menuntut di kolej tersebut dan tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar ini dalam tempoh PKP 3.0 ini,” ujar Rusli.

Anwar diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Encik Farhan Fauzi.

Turut hadir, Pegawai Khas Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abdul Samat.

Show More

Related Articles

Back to top button