Aktiviti

Anwar: Hidroponik mampu jana ekonomi wanita

PORT DICKSON: Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson bersama Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Port Dickson telah menganjurkan Kursus Hidroponik PD di Balairaya Telok Kemang.

Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Hidroponik merupakan konsep berkebun tanpa menggunakan tanah dan sesuai kepada mereka yang berminat mengusahakan tanaman sayuran tetapi tidak mempunyai kawasan tanah yang luas di persekitaran kawasan rumah mereka.

“Kursus Hidroponik ini disasarkan khususnya untuk golongan suri rumah agar boleh mengusahakan tanaman sayuran secara hidroponik sama ada untuk kegunaan sendiri atau menjualnya secara komersial.

“Selain dijadikan sebagai salah satu sumber makanan untuk keluarga sendiri, ianya juga boleh menambah pendapatan keluarga sekiranya diusahakan secara komersial.

“Semoga usaha ini memberi manfaat kepada 50 peserta yang terlibat dalam kursus kali ini,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button