Berita

Anwar hulur bantuan kepada waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan wang tunai kepada Encik Kamaruzaman Yasin yang baru kehilangan bapanya akibat Covid-19.

“Saya menghulurkan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada Encik Kamaruzaman dari Taman Intan Perdana.

“Bapa beliau telah meninggal dunia baru-baru ini akibat Covid-19.

“Takziah kepada keluarga mangsa. Saya berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman dan keluarga diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian yang berat ini,” kata Anwar.

Anwar juga menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada dua keluarga yang sedang menjalani kuarantin wajib di Batu 9, Teluk Kemang dan Taman Intan Perdana

Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Mejar Hasrin Abd Samat mewakili Anwar, menyerahkan sumbangan tersebut kepada keluarga terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button