Berita

Anwar hulur bantuan kewangan kepada keluarga mangsa kebakaran

PORT DICKSON: Keluarga kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Telok Pelanduk di sini kelmarin; menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kejadian tersebut, Yusuf Khalish Azidie Fadzly dijumpai dalam timbunan pakaian di tepi sebuah katil oleh pihak bomba selepas terperangkap dalam kebakaran.

“Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan juga tahniah kepada pasukan bomba dan keselamatan yang cekap dan responsif.

“Pejabat (Parlimen Port Dickson) saya serta ADUN Sri Tanjung, YB M.Ravi akan memastikan kebajikan keluarga ini terjamin,” ujar Anwar selepas menziarahi keluarga tersebut.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon dan Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button