Berita

Anwar lancar kenderaan serbaguna Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan kenderaan serbaguna untuk kegunaan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.

“Kenderaan ini akan digunakan untuk aktiviti khidmat masyarakat di Port Dickson.

“Ini termasuk membawa warga emas yang mempunyai masalah pengangkutan ke Pusat Pemberian Vaksin.

“Kenderaan ini juga akan digunakan untuk proses pengagihan bantuan makanan kepada warga Port Dickson yang kurang berkemampuan dan yang terkesan akibat Covid-19,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar juga berkesempatan mengagihkan bantuan bakul makanan dan ayam segar secara berperingkat-peringkat kepada 300 keluarga dari Parlimen Port Dickson yang terkesan akibat Covid-19.

Turut hadir sama, ADUN Lukut, YB Choo Ken Hwa.

Show More

Related Articles

Back to top button