Berita

Anwar penuhi hasrat Radbiatul Ardawiyah pelajari Al-Quran

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kewangan peribadi kepada Adik Radbiatul Ardawiyah Abdullah, 12 tahun.

Anwar berkata, sumbangan ini bagi menampung pengajian Adik Radbiatul Ardawiyah untuk menjadi seorang hafizah Al-Quran.

“Saya menerima satu pesanan mesej daripada Puan Nurul Azura Mahmood berkaitan kekangan yang dihadapi berhubung kos pendidikan anaknya Adik Radbiatul Ardawiyah.

“Puan Nurul Azura dan suaminya, masing-masing terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

“Niat dan harapan suci kedua-dua ibubapa yang mahukan anak perempuan mereka menghafal dan mempelajari Al-Quran tidak boleh dipinggirkan dan harus dibantu.

“Saya mendoakan Adik Radbiatul Ardawiyah berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibubapa,” ujar Anwar.

Adik Radbiatul Ardawiyah akan memulakan pengajian di Pondok Kuliah Darul Quran, Lukut, Port Dickson pada 13 September ini.

Orang ramai yang ingin menderma boleh memanjangkan sumbangan menerusi akaun Maybank: Nurul Azura Mahmood (154053416856).

Beliau boleh dihubungi di talian 017-308 8681.

Show More

Related Articles

Back to top button