Berita

Anwar: Permasalahan bekalan air di Port Dickson dijangka selesai hari ini

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil maklum insiden permasalahan bekalan air yang berlaku di Port Dickson.

“Dalam hal ini, ADUN, Penyelaras DUN, Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson dan MPKK telah mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah bekalan air.

“Lori air Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan tangki sapstik juga disediakan untuk mengurangkan beban ini.

“YAB Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri telah turun padang ke beberapa kawasan selama dua hari berturut-turut,” kata Anwar.

Anwar berkata, beliau difahamkan oleh Pegawai Daerah Port Dickson, Tuan Khairy Maamor; bahawa kerja-kerja baik pulih tebing Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi yang dalam pelaksanaan, dijangka akan selesai pada hari ini dan bekalan air dapat dibekalkan oleh SAINS dalam tempoh 24 jam ke 48 jam selepas itu.

“Saya percaya permasalahan ini akan diselesaikan secepat mungkin dan tidak akan berlaku lagi di masa hadapan,” ujar Anwar.

Berikut adalah Pusat Khidmat Setempat yang disediakan oleh SAINS:

1. PD Utama (berhampiran tangki air)
2. Dataran Segar (depan gelanggang futsal)
3. Pekan PD (Pasaraya TF)
4. Pekan Chuah
5. Stesen Petrol BHP, Bukit Palong

 

Show More

Related Articles

Back to top button