Berita

Anwar rasmi KK Super Mart yang ke 450 di Port Dickson

Anwar nasihat tawarkan harga yang berpatutan agar tidak membebankan rakyat

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan pembukaan cawangan ke 450 kedai serbaneka KK Super Mart yang diasaskan oleh usahawan tempatan di Port Dickson.

“Dengan adanya kedai serbaneka 24 jam seperti ini, ia akan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan keperluan asas.

“Namun harus diingat, supaya sentiasa tawarkan harga yang berpatutan agar tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Saya juga memberi cadangan kepada KK Super Mart agar dapat membantu memasarkan produk tempatan di kedai mereka.

“Semoga KK Super Mart terus maju dan berjaya mencapai sasaran pembukaan cawangan ke 500 kedai pada tahun ini,” kata Anwar

 

Show More

Related Articles

Back to top button