Berita

Guru juga pemimpin yang mendidik masyarakat hebat

PORT DICKSON: Golongan guru juga merupakan pemimpin yang menentukan masyarakat menjadi hebat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pengetua, guru besar dan guru merupakan golongan pemimpin di sekolah.

“Guru ada tanggungjawab sebagai pemimpin. Dalam kelas guru jadi pemimpin.

“Guru yang menentukan anak bangsa kita. Baiknya anak bangsa itu, baiknya negara itu, bukan yang ada pada hari ini tapi yang sedang kita didik pada masyarakat.

“Yang sedang tuan puan didik ini lah yang akan menentukan bangsa kita hebat atau tidak hebat.

“Kita sama-sama ada tanggungjawab untuk bangunkan anak bangsa kita, tak kira Melayu, Cina atau India,” kata Aminuddin di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson

Show More

Related Articles

Back to top button