Berita

Anwar sumbang bantuan makanan kepada 250 keluarga terkesan Covid-19

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyumbang bekalan makanan kepada 250 keluarga warga Port Dickson yang terkesan akibat Covid-19.

“Saya telah menyampaikan barangan keperluan dapur kepada 10 keluarga di Ladang Sengkang dan 20 keluarga di Kampung Jimah Lama yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Sebanyak 230 set barangan makanan juga telah diagihkan kepada warga Port Dickson yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga mereka dan saya mendoakan mereka yang dikuarantin semoga cepat sembuh seperti sediakala,” kata Anwar.

Anwar menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang ditetapkan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan.

Show More

Related Articles

Back to top button