Berita

Anwar sumbang daging lembu kepada 250 keluarga kurang kemampuan

PORT DICKSON: Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengagihkan sumbangan daging lembu kepada 250 keluarga yang kurang berkemampuan di Parlimen Port Dickson.

“Sebanyak 250 pek daging ini diagihkan melalui MPKK di DUN Chuah, DUN Sri Tanjung, DUN Lukut, DUN Bagan Pinang dan DUN Linggi.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang turut menyumbang daging lembu untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan.

“Semoga usaha sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ini membawa barakah kepada semua yang terlibat,” kata Anwar.

Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Mejar Hasrin Abd Samat mewakili Anwar menyerahkan daging lembu kepada wakil MPKK untuk diagihkan di kawasan masing-masing.

Show More

Related Articles

Back to top button