Aktiviti

Anwar sumbang ikan patin kepada 40 keluarga kurang kemampuan

PORT DICKSON: Bermula dari sebuah hantaran iklan oleh Puan Norlailey Ismail di media sosial yang menjual ikan patin; Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi beliau.

“Saya membeli sejumlah ikan patin untuk diagihkan kepada 40 keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Port Dickson.

“Ini juga antara inisiatif saya untuk membantu para peniaga tempatan.

“Semoga usaha ini memberi manfaat kepada para penerima dan Puan Norlailey dalam membesarkan anaknya yang OKU,” kata Anwar.

Pegawai Pejabat Parlimen Port Dickson, Mejar Hasrin Abd Samat mewakili Anwar, menyerahkan sumbangan ikan patin kepada keluarga terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button