BeritaProgram

Rafie anjur kelas tuisyen percuma di DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah memperkenalkan inisiatif kelas tuisyen secara percuma di DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, kelas tersebut akan membabitkan empat orang guru dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

“Kelas tersebut akan dikendalikan oleh MPKK Kampung Ismail dan dijalankan di Balai Raya Kampung Ismail.

“Usaha ini juga ternyata membuahkan hasil apabila terdapat beberapa orang guru yang menawarkan perkhidmatan mereka secara sukarela.

“Program ini juga akan diteruskan di seluruh kawasan DUN Ampangan jika mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button