Berita

Anwar sumbang peti sejuk dan periuk nasi kepada mangsa banjir Ampangan

AMPANGAN: Ahli Parlimen Port Dickson, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyumbang keperluan seperti peti sejuk, periuk nasi, dapur, tilam dan tikar getah kepada mangsa banjir di Kampung Ismail.

“Saya telah menziarahi enam keluarga mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan.

“Prihatin dan peka dengan permasalahan yang dihadapi oleh enam keluarga ini, saya menyumbang beberapa peralatan keperluan,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Seri Anwar menegaskan Kerajaan Persekutuan sewajarnya perlu berusaha untuk menambah peruntukan bantuan kerana jumlah RM1,000 yang dijanjikan tidak mencukupi untuk majoriti mangsa banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, data terkini menunjukkan sebanyak 148 keluarga di DUN Ampangan terjejas akibat banjir yang berlaku pada 19 Disember lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button