Berita

Anwar sumbang ‘tablet’ dan komputer kepada PPV Port Dickson

PORT DICKSON: Berusaha untuk membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Port Dickson dalam urusan pendaftaran; Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyumbang dua unit ‘tablet’ dan komputer.

“Saya sempat meninjau kelancaran proses vaksinasi di PPV Port Dickson di Dewan Belia dan Sukan Telok Kemang.

“Alhamdulillah, proses vaksinasi berjalan lancar dan saya perhatikan kesedaran warga Port Dickson terkait vaksin semakin tinggi kerana mereka faham akan fungsi vaksin kepada tubuh badan kita.

“Saya turut menyumbang dua unit tablet dan dua unit komputer untuk membantu kakitangan yang bertugas di sini dalam urusan pendaftaran.

“Saya sarankan untuk kita terus mendaftar, dan anak-anak muda harus bantu warga yang berusia untuk mendaftar. Dalam waktu wabak seperti hari ini, semua pihak harus sentiasa dalam keadaan siapsiaga dan tingkatkan keprihatinan,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button