Berita

Anwar umum memiliki majoriti bentuk kerajaan baru

Majoriti sokongan dari ahli parlimen Melayu Islam

SEREMBAN: Presiden KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan memiliki sokongan majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk bentuk kerajaan baru.

“Alhamdulillah, kini saya mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan.

“Saya juga ingin memaklumkan kerajaan ini mempunyai majoriti MP (Ahli Parlimen) Melayu.

“Saya telah diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam 11.00 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dengan sokongan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan, selepas menghadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat,” kata Anwar dalam sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara kita.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyambut baik pengumuman Anwar.

“Saya mendoakan agar usaha Dato’ Seri Anwar ini dipermudahkan.

“Saya yakin pentadbiran negara di bawah beliau akan stabil.

“Saya juga yakin dengan kemampuan beliau membangunkan ekonomi negara dan berkembang walaupun dalam situasi krisis ekonomi kini,” kata Aminuddin.

Foto: Facebook Dato’ Seri Anwar Ibrahim 

Show More

Related Articles

Back to top button