Berita

Arahan menutup sekolah di bawah kuasa Kementerian Pendidikan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang arahan untuk menutup atau membuka sekolah adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia.

Aminuddin berkata demikian, merujuk kepada komentar yang dilontarkan oleh ramai ibubapa yang mahukan sekolah di seluruh Negeri Sembilan ditutup kerana bimbang dengan penularan pandemik Covid-19.

“Untuk makluman, perkara ini turut dibangkitkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas Covid-19 pagi kelmarin.

“Walaubagaimanapun, buat masa ini pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan hanya mempunyai kuasa untuk menutup sesebuah sekolah itu sekiranya sekolah tersebut mempunyai satu kes positif dalam kalangan pelajar, guru atau kakitangan sekolah tersebut.

“Tempoh penutupan sekolah pula adalah selama satu minggu sahaja bermula daripada tarikh penutupan.

“Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan situasi semasa berkenaan isu penutupan sekolah di seluruh Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, walaubagaimanapun Kerajaan Negeri sentiasa memantau keadaan semasa terutamanya sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan yang berisiko tinggi seperti di daerah Seremban.

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button