Berita

Arul Kumar: 2,200 keluarga DUN Nilai akan terima bantuan khas Covid-19

NILAI: Sebanyak 2,200 keluarga kurang berkemampuan yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19, akan menerima bantuan khas Covid-19 dari ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar.

Menurut Arul Kumar, sehingga 5 petang kelmarin, pejabat beliau telah menerima 2,200 borang permohonan.

“Daripada 2,200 permohonan ini, lebih kurang 30 peratus bukan pengundi Nilai. Tetapi saya tetap akan bantu dalam situasi sekarang.

“Saya tidak melihat sebarang latar belakang lain (ideologi politik, kaum atau agama), apabila memproses semua permohonan ini.

“2,000 keluarga ini akan menerima baucar barangan keperluan dapur bernilai RM100 setiap keluarga.

“Baki 200 keluarga, saya dan Ahli Parlimen Seremban YB Loke Siew Fook akan mencari sumber lain untuk menyampaikan bantuan tersebut,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, bermula hari ini beliau akan mengagihkan baucar untuk membeli barangan keperluan dapur.

“Untuk pemohon dari Nilai dan Batang Benar akan menerima SMS daripada pejabat saya dan boleh mendapatkan baucar di pasaraya yang dinyatakan mengikut tarikh dan masa yang ditentukan.

“Bagi pemohon dari Mantin dan Pajam, kami akan menghantar baucar ke rumah dan boleh beli barang dengan menunjukkan baucar tersebut mengikut kedai, tarikh dan masa yang ditentukan.

“Tolong patuhi SOP semasa membeli barangan. Penentuan tarikh dan masa berlainan adalah untuk mengelakkan orang ramai berkumpul dalam satu-satu masa.

Pada 2 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan bantuan khas Covid-19 dengan memperuntukan RM10 juta bagi membantu masyarakat yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Show More

Related Articles

Back to top button