Berita

Arul Kumar agih bantuan lampin pakai buang dan susu kepada 50 keluarga

NILAI: ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar telah mengagihkan bantuan lampin pakai buang dan susu tepung kanak-kanak kepada 50 keluarga yang kurang berkemampuan.

Arul Kumar berkata, sumbangan Ahli Parlimen Seremban, YB Loke Siew Fook ini diagihkan kepada 50 keluarga yang mempunyai kanak-kanak dari Nilai, Mantin, Pajam, Batang Benar dan Lenggeng; yang telah memohon sebelum ini.

“Sumbangan lampin pakai buang dan susu tepung kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Terima kasih juga kepada Pastor Cheng Kooi Goh dan pasukannya yang membantu melekatkan nama penerima dalam setiap set sumbangan dan memudahkan proses pengagihan tadi,” jelas Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button