Berita

Arul Kumar jadi orang tengah selesai isu Kuil Sri Maha Mariamman, Taman Senangin

Tanah seluas satu ekar telah dirizabkan untuk kegunaan kuil

SEREMBAN: Isu pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman, Taman Senangin di Lenggeng, Negeri Sembilan yang menjadi pertikaian di antara dua kumpulan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kuil sejak tahun 2018, berjaya diselesaikan oleh Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J. Arul Kumar.

Arul Kumar mengadakan satu perjumpaan dengan AJK baru dan lama Kuil Sri Maha Mariamman, Taman Senangin, Lenggeng.

Arul Kumar berkata, pertubuhan kuil ini telah dibatalkan pendaftaran tahun lepas oleh ROS. Selepas itu, dua kumpulan telah melakukan pendaftaran organisasi dengan ROS, satu sebagai persatuan penganut dan satu lagi sebagai jawatankuasa pengurusan.

“Mengikut ROS, jawatankuasa pengurusan sahaja mempunyai hak untuk menguruskan tempat ibadat.

“Maka Jawatankuasa Pengurusan Kuil Dewi Sri Maha Mariamman Ladang Lenggeng telah diberikan hak oleh ROS untuk menguruskan kuil ini.

“Tanah seluas satu ekar ini adalah tanah rizab untuk kegunaan kuil dan pihak pemaju telah memberikan RM500 ribu pada hujung tahun 2018 untuk pembinaan kuil ini yang telah dipindahkan dari kawasan lain,” jelas Arul Kumar.

Arul Kumar berkata dalam perbincangan tersebut, pengerusi lama juga menyatakan hasrat beliau untuk berkerjasama dengan jawatankuasa baru untuk menjayakan pembinaan kuil baru.

“Terima kasih juga kepada pihak PDRM dan Hindu Sangam Negeri Sembilan yang hadir dalam perjumpaan ini,” katanya yang juga ADUN Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button