Berita

Arul Kumar: Penempatan penjaja di Nilai dikenal pasti

Dapat bantu penjaja berniaga dengan sistematik

Saya bersama beberapa Pegawai Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah melawat beberapa kawasan di Nilai untuk dijadikan sebagai Tapak Penempatan Penjaja Sementara. Lokasi yang dikenalpasti ialah Nilai 3, Desa Jasmine, Taman Semarak dan Giant Nilai.

Ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sembilan bersama Majlis Bandaraya Seremban untuk mengumpulkan semua penjaja di satu kawasan tertentu dengan penyediaan beberapa kemudahan termasuk pemberian lesen perniagaan.(Hanya untuk penjaja-penjaja yang sedia ada sahaja).

Ini juga untuk mengelakkan pembinaan struktur secara haram dan sesuka hati di merata tempat. Pada masa yang sama dengan penyediaan tapak-tapak seperti ini juga dapat membantu penjaja untuk menjalankan perniagaan dengan lebih sistematik dan boleh mencari sumber pendapatan tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa tempatan.

YB Arul Kumar (kiri) berkata MBS menggalakkan peniaga berniaga secara Food Truck bagi menjamin kebersihan.

Isu yang paling penting adalah semua peralatan yang digunakan semasa menjalankan perniagaan perlu dikemaskan selepas tamat berniaga setiap hari. Kami juga menggalakkan penjaja untuk berniaga secara food truck untuk menjamin kebersihan.

Cadangan tapak-tapak ini akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Seremban dalam masa terdekat dan prosedur untuk mendaftarkan penjaja-penjaja akan dilaksana kemudian.

Saya berharap semua penjaja dapat memberikan kerjasama kepada Majlis Bandaraya Seremban dalam menjayakan usaha ini untuk memastikan kawasan Nilai sentiasa bersih dan mengelakkan pondok-pondok yang mencacatkan pemandangan di tengah-tengah bandar.

YB Arul Kumar (kanan) sedang berbincang dengan pegawai Majlis Bandaraya Seremban berkaitan lokasi yang dikenal pasti sebagai penempatan sementara penjaja di Nilai.

Beberapa tapak lagi akan dikenalpasti jika perlu pada masa hadapan untuk memastikan semua dapat berniaga dan mencari sumber pendapatan untuk menyara perbelanjaan keluarga mereka. Tidak ada sesiapa dianiyaya atau dipinggirkan dalam usaha ini.

YB Arul Kumar Jambunathan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai

#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Show More

Related Articles

Back to top button