Berita

Arul Kumar: Sambutan Thaipusam sederhana tetapi tetap bermakna

Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua masyarakat yang beragama Hindu.

Tahun ini terpaksa menyambut Thaipusam dalam keadaan berbeza akibat penularan wabak Covid-19.

Setiap tahun beribu-ribu penganut Hindu berarak bersama pedati dan melaksanakan nazar mereka sempena Hari Thaipusam. Tetapi tahun ini tidak boleh berbuat demikian kerana perlu menjaga kesihatan diri dan mengelakkan orang ramai dari berkumpul.

Oleh itu, di Negeri Sembilan juga sambutan Thaipusam tidak dibenarkan. Semua kuil perlu ditutup untuk orang awam. Tetapi upacara sembahyang sempena Hari Thaipusam masih boleh dilaksanakan secara tertutup dengan kehadiran beberapa ahli jawatankuasa kuil sahaja.

Walaupun kita tidak dapat berkumpul atau pergi ke kuil untuk menyambutnya, tetapi kita masih dapat melaksanakan sembahyang di rumah sempena Hari Thaipusam ini.

Walaupun sambutan Thaipusam pada tahun ini agak sederhana tetapi ia tetap bermakna untuk penganut Hindu.

Kita berharap penularan wabak Covid-19 dapat diatasi dengan kadar segera dan sudah tentu sambutan Thaipusam pada tahun hadapan dapat disambut seperti tahun-tahun sebelum ini.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam.

YB J.Arul Kumar

Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan
ADUN Nilai
Ketua Pemuda DAPSY Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button