Berita

Arul Kumar sediakan pengangkutan percuma ke PPV

Arul Kumar bantu 250 individu dapatkan temujanji baru. 50 warga emas telah dibawa ke PPV secara percuma

NILAI: Jika negara mahu bebas daripada penularan Covid-19, rakyat perlu divaksin. Maka, sesiapa sahaja yang menerima temujanji suntikan vaksin tidak boleh melepaskan peluang untuk menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksin,” kata ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai telah menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma kepada warga DUN Nilai terutamanya warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk perjalanan pergi dan balik ke PPV di Nilai dan Seremban.

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai membantu mereka yang terlepas temujanji vaksin sebelum ini untuk mendapatkan tarikh baru. Selain itu kita juga fokus untuk mendaftarkan mereka yang berpenyakit.

“Dalam seminggu ini, kita berjaya mendapatkan tarikh temujanji baru kepada 250 individu yang tidak dapat hadir ke temujanji sebelum ini dan ini termasuk warga emas berusia lebih 60 tahun.

“Selain itu, dalam seminggu ini juga kita telah membantu 50 orang dari DUN Nilai ke PPV di Seremban dengan menggunakan perkhidmatan teksi percuma yang kosnya ditanggung oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai,” jelas Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh beliau ini, dapat membantu lebih ramai lagi rakyat divaksin dan tidak terlepas peluang untuk menghadirkan diri untuk temujanji menerima vaksin.

Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan percuma ke PPV,  boleh menghubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai di talian berikut:

Encik Kamar: 016-666 8207
Cik Joan: 011-2773 7037
Encik Periyannan: 017-236 9599

Show More

Related Articles

Back to top button