Aktiviti

Arul peka keselesaan pelajar SJKT Tun Sambanthan

NILAI: Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tun Sambanthan di Pajam bagi melihat keperluan sekolah dalam memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif.

Arul Kumar berkata, pelajar hari ini perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan sekolah merupakan permulaan bagi mereka. Oleh itu, pentingnya memastikan para pelajar belajar dalam keadaan selesa.

“Saya telah melihat keadaan sekeliling dan mendapati Bilik Komputer mempunyai masalah penghawa dingin.

“Saya akan menyumbang sistem penghawa dingin yang baru bagi memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa di Bilik Komputer,” kata Arul Kumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Arul Kumar berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (T) Tun Sambanthan.

Show More

Related Articles

Back to top button