Aktiviti

Asnaf DUN Chuah diziarahi DSAI

CHUAH: Seperti kebiasaan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengadakan program ziarah kebajikan dari rumah ke rumah di DUN Chuah.

“Untuk kali ini empat buah keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 telah saya lawati di Kampung India, Bukit Pelanduk, Kampung Sawah dan Kampung Chuah.

“Saya telah menyerahkan bantuan sumbangan keperluan harian untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan mereka.

“Semoga segala urusan mereka dipermudahkan, Insyah Allah,” kata Anwar.

Turut serta dalam program ini ADUN Chuah, Michael Yek Diew Ching.

Show More

Related Articles

Back to top button