BeritaProgram

Negeri Sembilan bantu 22,373 pelajar IPT, peruntukan RM19.96 juta

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalurkan bantuan kewangan kepada 22,373 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kurang kemampuan sejak tahun 2018.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri telah membantu seramai 22,373 orang pelajar untuk daftar masuk ke IPT dengan jumlah peruntukan sebanyak RM19.96 juta.

“Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri bermula tahun 2018, kadar bantuan kemasukan IPT telah dipinda iaitu pelajar jurusan Ijazah dan Sarjana akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 manakala pengajian Diploma akan menerima bantuan sebanyak RM750.

“Manakala pelajar yang mengambil Sijil atau menyambung pengajian di peringkat Matrikulasi serta program Asasi layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan sebanyak RM500.

“Bantuan Kewangan Kemasukan Ke IPT ini diberikan secara one-off kepada para pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang daripda RM4,000 sebulan,” kata beliau di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Selasa.

Permohonan bantuan ini boleh dilakukan melalui aplikasi N9 Digital atau melalui laman web http://www.n9.digital

Show More

Related Articles

Back to top button