Aktiviti

Asnaf wanita DUN Klawang mendapat perhatian BAKRIYAH

Asnaf Kampung Tembun disantuni Bakri

KUALA KLAWANG: Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH), dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Klawang, telah mengadakan program sumbangan kepada 100 orang asnaf wanita di DUN Klawang.

Yang DiPertua BAKRIYAH, YBhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof telah menyampaikan 100 set barangan keperluan harian kepada 100 orang asnaf wanita tersebut.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan para asnaf,” kata Wan Hasni.

Turut hadir ADUN Klawang, YB Bakri Sawir.

Sementara itu Bakri turut menghadiri Program Ziarah Cakna dan Penyampaian Barangan Keperluan Harian di Kampung Tembun, Klawang.

“Program ini dengan kerjasama MPKK Kampung Tembun, bertujuan menjaga kebajikan penduduk Jelebu khasnya DUN Klawang.

“Saya telah menyumbang barangan keperluan harian kepada penduduk Kampung Tembun yang terpilih,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button