Berita

Ayahanda Menteri Besar telah kembali ke Rahmatullah

Jenazah akan dikebumikan jam 10 pagi ini

SEREMBAN: Ayahanda kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’Seri Aminuddin Harun telah kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa sekitar jam 07.45 malam.

Harun Selamat, 106 tahun, meninggal dunia akibat sakit tua di kediaman seorang lagi anakandanya di Kampung Pachitan, Port Dickson.

Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 10.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Masjid Kampung Sawah, Chuah, Port Dickson.

Negeri Kita merakamkan salam takziah kepada Dato’ Seri Aminuddin dan keluarganya di atas kehilangan Allahyarham Harun.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Show More

Related Articles

Back to top button