Berita

B.A.S: Veerapan mahu pelajar miskin terus fokus pada pendidikan

59 pelajar miskin DUN Repah menerima RM300 setiap seorang untuk Fasa 1

REPAH: ADUN Repah, YB Veerapan berkata, program insentif Bantuan Anak Sekolah (B.A.S), bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan keluarga miskin; malah dapat meningkatkan minat para pelajar yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada pendidikan.

Veerapan berkata demikian dalam Program Penyerahan Jalur Gemilang dan Penyampaian Bantuan Anak Sekolah di Dewan Perdana Tampin. Turut hadir sama Ahli Parlimen Tampin, YB Datuk Dr Hasan Bahrom.

“Seramai 59 orang pelajar miskin DUN Repah dari Darjah 1 hingga Tingkatan 1 menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) sebanyak RM300 setiap seorang untuk Fasa Pertama ini.

“Jumlah keseluruhan penerima untuk tahun 2020 adalah seramai 1,818 orang pelajar dengan peruntukkan RM1 juta.

“Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah melancarkan B.A.S pada Mac 2019 dan beliau telah bersetuju untuk meneruskan bantuan tunai tambang persekolahan ini untuk murid sekolah rendah dari keluarga miskin sebanyak RM50 sebulan.

“Bermula tahun ini, inisiatif ini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 1,” jelas Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pemilihan pelajar yang layak telah dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan menggunakan data e-kasih.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button