Aktiviti

‘Back to School Klawang’ bantu 299 pelajar sekolah

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Bakri Sawir telah menyerahkan peralatan persekolahan kepada 280 pelajar sempena program ‘Back to School 2021 DUN Klawang’.

Bakri berkata, agihan bantuan beg sekolah, pakaian seragam, alat tulis dan kasut yang bernilai RM100 setiap pelajar, dibahagikan kepada dua skop.

“Skop pertama membabitkan sumbangan peribadi saya sebagai Naib Pengerusi 1 Amanah Negeri kepada Cawangan Amanah di luar kawasan Klawang (Parlimen Jelebu).

“Seramai 119 pelajar menerima sumbangan ini. Sumbangan disalurkan melalui Cawangan Amanah Sungai Lui, Lui Muda, Lui Timur dan Lui Selatan.

“Seramai 180 pelajar pula menerima sumbangan saya sebagai ADUN Klawang.

“Pelajar ini dipilih dari 14 MPKK dan empat zon Ahli Majlis Daerah Jelebu.

“Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban para ibubapa yang membuat persediaan anak-anak ke sesi persekolahan,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani.

Show More

Related Articles

Back to top button