Aktiviti

‘Back to School Repah’ bantu 366 pelajar kurang kemampuan

Pelajar terima uniform, kasut, stokin dan beg sekolah serta peralatan menulis

REPAH: Seramai 366 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan pakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan tahun 2021 daripada ADUN Repah, YB S.Veerapan.

Veerapan berkata, pelajar sekolah dari keluarga yang kurang berkemampuan menerima sepasang uniform sekolah, sepasang kasut dan stokin serta peralatan menulis.

“Ibubapa harus memberi tumpuan sewajarnya dalam soal pendidikan anak-anak,

“Justeru itu, untuk memastikan pelajar dari golongan B40 tidak tercicir dalam pendidikan, saya menganjurkan Program Back to School ini,” kata YB Veerapan.

Majlis ‘Back to School 2021’ anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah ini telah diadakan di Dewan Perdana Tampin turut mendapat tajaan restoren makanan segera McDonald’s Tampin yang menyumbang 100 bag sekolah.

Veerapan yang juga Exco Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, majlis penyerahan ini diadakan dalam dua sesi bagi mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“170 pelajar dari enam sekolah menerima sumbangan pada sesi pagi dan 196 pelajar dari tiga buah sekolah menerima sumbangan pada sesi petang,” ujar Veerapan.

Penerima sumbangan ini merupakan pelajar dari sembilan buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin, Sekolah Kebangsaan Tengku Zainun, Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman, Sekolah Kebangsaan Keru, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Repah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tampin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Tampin dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampong Baru Tampin.

Majlis ini turut dihadiri, Ahli Parlimen Tampin, YB Datuk Dr.Hassan Bahrom; Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin, Puan Suhaiza Sharudin dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tampin, Encik Abd Latif A Tambi.

 

Show More

Related Articles

Back to top button