Berita

BADAN sumbang buku KAFA bernilai RM50,000 kepada Menteri Besar

Sebanyak 10,400 naskhah buku diserahkan kepada JHEAINS

SEREMBAN: YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun menerima kunjungan hormat daripada sebuah NGO, Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Kuala Lumpur (BADAN) yang berpusat di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Presidennya, YBhg Datuk Professor Mohd Yusof Kasim.

Dalam sebuah majlis ringkas di Wisma Negeri, Seremban; BADAN telah menyerahkan 10,400 naskhah buku latihan sekolah KAFA yang bernilai RM50,000.00 kepada Dato’ Seri Aminuddin untuk disampaikan kepada Unit Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Semoga sumbangan buku latihan KAFA ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah KAFA yang memerlukan.

“Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan BADAN yang menyumbang buku-buku latihan, yang sekaligus dapat membantu meringankan beban ibubapa terutamanya dalam suasana menghadapi penularan wabak COVID-19 ini,” kata Dato’ Seri Aminuddin.

Sebahagian daripada buku yang disumbangkan BADAN.

Turut hadir Pengarah JHEAINS, YBrs Mohd Zaidi Ramli; Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg Dato’ Sri Syed Hussein Abd Kadir dan beberapa orang penerbit buku sekolah KAFA.

Show More

Related Articles

Back to top button