Berita

BAGAN PINANG: DUN pertama anjur kursus penulisan berita

BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang menjadi DUN yang pertama menganjurkan kursus penulisan berita bagi mengukuhkan penyampaian maklumat di kalangan rakyat di DUN tersebut.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, kursus dihadiri kepimpinan MPKK, Unit Media Amanah Bagan Pinang dan kakitangan pejabatnya bagi memperbaiki kaedah pelaporan aktiviti dan penulisan berita di media sosial.

“Kami di DUN Bagan Pinang menyedari pentingnya peranan portal Negeri Kita dan akhbar Nogori Kito sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat setempat.

“Namun, saya merasakan ada aspek penulisan dari pihak kami yang perlu diperbaiki dan ditambahbaik agar penghantaran maklumat atau berita kepada Negeri Kita lebih jelas (clarity) dan berimpak.

“Alhamdulillah, hari ini banyak ilmu yang telah dipelajari termasuk strategi memperluaskan penyampaian maklumat agar segala aktiviti dan usaha yang dilakukan oleh Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang sampai kepada warga Bagan Pinang,” kata Nasir.

Nasir berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup kursus di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson yang dihadiri oleh 20 peserta.

Terjemah kepada kemenangan pada PRU-15

Menurut Nasir lagi, segala usaha (maklumat) yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Penyelaras DUN Bagan Pinang perlu sampai kepada warga Bagan Pinang.

“Saya mahu segala kaedah dan strategi yang dibincangkan pada hari ini, diterjemahkan kepada kemenangan calon Amanah dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Ini bukan soal siapa bertanding, saya atau sesiapa.

“Sebab itu pelaporan akitiviti DUN di media sosial sangat penting termasuk Facebook Penyelaras DUN Bagan Pinang dan MPKK

“Ilmu yang kita pelajari pada petang ini perlu diaplikasikan dalam cara kita memanfaatkan media sosial di DUN Bagan Pinang,” ujar Nasir lagi.

Kursus penulisan berita ini dikendalikan oleh Pengurus dan Editor Negeri Kita, Encik Faiz Abdullah.

Show More

Related Articles

Back to top button