BeritaProgram

BAJET 2022: Halal Cottage bantu usahawan kecil dapat piawaian halal

Usahawan Cottage akan diberikan geran bantuan tidak melebihi RM5,000 seorang

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan satu inisiatif baharu Halal Cottage dengan peruntukan RM500,000 dalam Belanjawan 2022.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini bertujuan mengupayakan usahawan kecil melepasi piawaian pensijilan halal dengan geran bantuan tidak melebihi RM5,000.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP yang lalu, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan pekerjaan dan hilang punca pendapatan.

“Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kebanyakan mereka menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan di rumah masing-masing.

“Namun, sebahagian mereka tidak dapat memasarkan produk dengan lebih jauh lagi disebabkan tidak melepasi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan oleh kerajaan seperti kebersihan premis, kualiti alatan dan perkakasan yang digunakan, pembungkusan produk dan lain-lain supaya mematuhi prinsip halalan toyyiban.

Aminuddin berkata, menerusi inisiatif ini usahawan Cottage akan diberikan geran bantuan tidak melebihi RM5,000 seorang untuk menaik taraf premis dan alatan supaya memenuhi piawaian halal yang ditetapkan.

“Inisiatif Halal Cottage akan diterajui oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,” katanya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button